Seramai 3 wakil PPRM Selangor telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8 PPRM berlangsung di Ibu Pejabat Pengakap Sarawak di Kuching. AGM ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan PPRM Cawangan Sarawak telah menjadi tuan rumah bagi AGM tahun ini. AGM tahun ini dihadiri oleh 30 orang perwakilan dan ahli majlis dari seluruh negeri di Malaysia, di mana beberapa perkara telah dibincangkan demi kebaikan persaudaraan tersebut.